Wednesday, June 30, 2010

Akibat Tangan-tangan Manusia

Apa yang anda boleh perkatakan bila melihat gambar ini? Kasihankah? Tiada apa ertikah? Biasakah? Yang pasti, inilah hasil kerja tangan manusia akibat dari kehendak manusia yang mahukan pembangunan dan mengaut keuntungan dari hasil bumi.

Gambar-gambar ini diambil oleh seorang jurugambar di Gulf of Mexico menggambarkan kesan selepas kejadian letupan pelantar gerudi minyak di teluk Mexico pada 20 April 2010.

Pengajaran dari peristiwa ini, manusia adalah lemah. Walau setinggi mana ilmu pengetahuan manusia, tidak dapat menandingi kuasa dan ilmu Allah. Manusia yang sentiasa ego dengan kehendak dan kemahuan diri akan disedarkan oleh Allah dengan pengajaran yang kadangkala menyakitkan. harga sebuah kehidupan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit, hatta ianya hanyalah seekor haiwan yang tidak berdosa.

Manusia sebagai khalifah dimuka bumi hendaklah memikirkan kesan dan akibat dari setiap tindakan yang mungkin akan menyebabkan kemusnahan diri, keluarga, masyarakat dan seluruh kehidupan yang menumpang hidup dibumi Allah ini.

Kita mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memastikan jika tidak seluruh alam ini, cukuplah didahulukan dengan keluarga sendiri, menjaga persekitaran, keindahan dan kesejahteraan alam, kesihatan diri, keselamatan dan kebahgiaan hidup...PEACE






















Rumah Idaman...

Bakal rumah kami: kedua dari kiri


Front view: back-to-back type (similar design)

Bilik #2



Ruang Makan



Alkisah, pada suatu hari, dalam bulan April, 2009, hari Khamis, aku dan wife ber 'window-shopping' kat Alamanda Putrajaya. Tengah dok sibuk melayan Hasif Naufal, ternampak booth Sime Darby Property depan MPH. Kami pun saje je nak tengok2. Mana tau kot menarik. So, the agent, Nurul namanya (now dah quit Sime Darby) introduced herself and bagitau pasal project baru Sime Darby kat Nilai Impian, Warisan Villa namanya. Mixture between Semi-D and Bungalow. Baru pre-launch and official launching will be that coming Saturday. Design agak menarik and harga masih murah kalau nak compare dengan harge Semi-D kat tempat lain. Package pun menarik with 10% doscount for bumi lot and some rebate for early bird. Dipendekkan cerita, kami pun decided to view the show unit kat Nilai Impian. So, appointment was made later that night and the agent called me to meet her at the sales gallery.
So, pada pagi jumaat keesokannya, aku, my beloved wif and my lovely son (masa tu anak sorang je lagi), bersiap ke Nilai Impian. Apparently, Nilai Impian ni awal-awalnya dimajukan oleh Negara Properties. Now, Sime Darby Property own the place. The best part about Nilai Impian ni, the main entrance to the neighbourhood is just after Nilai-Pajam toll. And to add to the flavor, the housing area is just about 500m away from Nilai 3, i.e. Malaysia's famous wholesale market.

Jumpa dgn the property agent, Nurul. After that, we visited the show house and we were impressed with the home design and quality of the materials offered by the developer. Cuma ada 2 design, side-by-side or mirror-image and back-to-back. So, dipendekkan cerita, setelah perbincangan meja bulat, kami (me and wif of course) sebulat suara bersetuju untuk book bumi lot back-to-back type. Show unit takde lagi mase tu. The reason why we choose that unit is due to its unique concept. kalau tengok dari depan, the unit looks like a bungalow unit as the other unit is at the back. So, we will get a 'U' shape garden.

Progress of the project is good. Pemaju kata VP akan keluar dalam Q1 2011. So, less than 2 years lah from S&P. Misi seterusnya, untuk jual rumah kat Bandar Seri Putra. Agak baik jugak lah capital appreciation untuk rumah kat BSP tuh. So, insyallah kalau ada rezki, kalau rumah dah terjual, boleh jadi modal for other investment. Boleh buat modal untuk pegi HAJI...amin...

Santai di Ikano




Cuti sekolah bulan Jun lepas aku and family pergi melepak kat Ikano Power Centre, Damansara. Saje boring2 mase weekend xde nak buat ape. Mula2 window shopping kat Harvey Norman, pastu gi MACY. Dah puas jamu mata, gi pulak minum kopi kat Kluang Station.
Hasif pulak pantang jumpa kereta yang masuk coin tuh. Mesti nak naik. Husna pulak steady je. Maintain comel dalam stroller :) Sekarang semua dah kat Batu Pahat sebab Umi dorang kerja. Tak dapat pindah lagi. Aku la yang sorang sorang kat Bangi. Kasihan...apa nak buat, dah nasib... Mudah-mudahan ada peluang untuk wife aku pindah next year.

Puteriku belajar meniarap

Husna Nawwarah, puteri pertama abi dah cecah umur 4 bulan 26 Jun lepas. Semakin bijak dan semakin cergas. 2 hari lepas, 29 Jun 2010, Husna dah mula meniarap. Alhamdulillah, perkembangan yang baik. Mudah-mudahan akan sentiasa cergas, sihat dan membesar sebagai anak solehah.