Thursday, July 8, 2010

FISHING BAY, MERSING: 3-4 Julai 2010

Last weekend, aku and famili ikut rombongan guru-guru SK Yong Peng, sekolah tempat wife aku mengajar. Dalam perjalanan, aku singgah majlis jemputan kahwin saudara sebelah ayah wife kat Kota Tinggi. Majlis kahwin ala-ala arab campur melayu. Since masa bertolak dari Batu Pahat ke Kota Tinggi pun dah tengahari, sampai Kota Tinggi pun dah agak lewat. Hampir 2 jam kat rumah pengantin.


Kami bertolak ke Mersing dalam jam 5 petang. Aku ingat Fishing Bay kat Mersing ni dekat jek. Bila punch location dalam GPS, tu dia, hampir 90km (tak ingat exactly berapa KM). Since jalan ke Mersing pun masih jalan lama, tambah pulak hujan petang tuh, aku x dpt nak drive laju. Sampai kat area hampir-hampir dengan Jemaluan, ada pulak kemalangan. Pick-up bertembung dgn kereta Iswara. Masa tu dah ada 2 ambulans kat lokasi. Rase-rasenye salah satu kereta nak overtake another vehicle but x lepas and hit the other car. Tempat kejadian pulak dekat dengan one steep corner. Ditambah dgn hujan, so...any careless driver will make a mistake very easily.

So, kami pun meneruskan perjalan dengan hati hati. Aku mengingatkan diri aku ada 4 nyawa dalam kereta aku termasuk aku lah and the other 3 are my precious one. So, i keep telling myself to be careful and never make any silly action. Aku rase, sape-sape yang pernah merasa or in other words pernah mengalami kemalangan will know how it feels when you involve in a car accident. Aku had involved in a car accident 6 years ago and it was a great lesson for me till today. So guys... always be alert and be careful on the road and never never think that you are totally safe while driving.
After one and a half hour of tiring journey, kami pun sampai ke Fishing Bay, Mersing. I was a bit skeptical about this resort initially because the area tu macam pedalaman sket. The entrance to the resort pun not so impressive. Why i say that is because the room rate is about RM280 together with dinner and breakfast (for a chalet room). It was quite expensive i would say for this kind of resort in Mersing. But, as we checked in and experienced the first few hours in that place, I felt the peacefullness and the exclusivity of the resort. I mean, the area is at the bay and the beach is not accessible except via the resort entrance which is gated. So, it justify the price of the room.
We had group dinner that night, not so many selection of dishes though but all the foods were good and tasty and enough to cater for the group and to feed our hungry stomach :) After dinner, we had our free time.

Hasif dapat kawan baru malam tu. Since not many kids between 2-4 years old, Hasif lah jadi tumpuan. Jenuh anak-anak cikgu yang lain tu melayan dia main bola, lari kesana-sini, mian kejar-kejar, just like my childhood days...hehe. It was fun seeing those kids playing around and having their funtime together.
Husna...bila dah pukul 9.30 malam, dia dah mula merengek, mengantuk nak tido and ummi dia pun terpaksa lah melayan puteri sorang tu dalam bilik. Si abang terus main and bila dapat main pasir dengan bigfoot mini dia tuh, bukan main suka lagi sampai tak nak masuk bilik.
So...malam tu penuh dengan cerita gembira dan juga keindahan...

Keesokan pagi, aku menikmati keindahan pantai dan suasana pedalaman yang agak mengujakan. Selepas sarapan, kumpulan cikgu-cikgu ni buat sukaneka antara anak-anak and famili. Acara standard sukaneka lah. Baling belon, boling bola kelapa etc. etc. Kitorang tak join sangat sukaneka sebab kena jaga 2 baby kan... apa nak buat, giliran kami lambat lagi.
Pagi tu hujan turun renyai renyai. So, aku tak dapat nak layan Hasif sgt kat luar takut demam plak. Tapi since ada payung SATU MALAYSIA, dapatlah jugak main kat luar walaupun tak lama.
Husna kena kurung dengan ummi dia dalam bilik sebab hujan. Kesian... apa nak buat. Hujan nak turun. Bak kata Pendekar Mustar... ANGKAT JEMURAN...HUJAN DAH TURUN.... Hasif dapat lah berendam dalam swimming pool barang sekejap walaupun dalam kesejukan. Pagi tu plan nak bawak Hasif berendam dalam Laut China Selatan but since dia reluctant, menangis nampak ombak, so tak jadi nak rendam dia. In the end, aku sorang sorang mandi laut kat sana.

So, semuanya selesai selepas jam 11 pagi. Dapat rehat sekejap, berkemas and sume keluarga bertolak dalam pukul 1 tengahari. Kalau ada kesempatan yang lain, mungkin boleh datang lagi but memandangkan tempat ni agak jauh dan harga bilik agak mahal, mungkin destinasi ni akan tersenarai dalam pilihan yang agak terbawah berbanding tempat lain lah kot.
Insyallah, destinasi akan datang ialah Pulau Tioman... :)

Thursday, July 1, 2010

Wajah-wajah Comel

Merakam wajah-wajah comel :)