There was an error in this gadget

Sunday, February 6, 2011

Perjalanan Merentas Benua

Diari Perjalanan
Januari-Februari 2011

30 Januari adalah satu hari yg panjang. Perjalanan merentas benua bermula dengan perjalanan dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur. Memulakan langkah perjalan ke Bandar Seri Putra (BSP) untuk melengkapkan persiapan sebelum merentas benua. Jam 8.15 malam aku selamat sampai ke teratak di BSP. Selesai segala urusan, penghantar ke KLIA tiba didepan rumah jam 9.00 malam. Syahnon tak pernah menghampakan. Sentiasa tepat dalam memberikan khidmat terbaik.

Jam 9.30 malam, aku sampai di KLIA. Setelah selesai segala urusan dokumentasi, a bermulalah perjalanku ke Italia, satu negara asing dan pertama kali menjejakkan kaki ke negara bermulanya Renaissance. Perjalan 13 jam merentas benua asia dan eropah melalui negara Perancis dan seterusnya ke Itali.

13 jam waktu penerbangan adalah satu tempoh waktu yang panjang. Selesai kudapan, aku melayan irama malam dengan menonton tayangan dalam penerbangan. Berat mataku membuatkan aku tidur barang beberapa jam sebelum hidangan sarapan pagi sejurus sebelum sampai di Perancis.

31 Jan
Jam 6.00 pagi, pesawat MH20 Malaysia Airlines selamat mendarat di Charles de Gaulle Airport, Paris. Sejurus keluar dari pesawat, semua penumpang menyusuri tali sawat (conveyer) yang panjang ke terminal utama. Selesai urusan dolumentasi imigresen, yang begitu efisien dan lancar, aku mencari tempat untuk menyembah syukur pada ilahi atas keselamatan dan rahmat yang diberikan. Suatu suasana asing dimana lima agama mempunyai tempat ibadah masing2 bersebelahan antara satu sama lain. Alhamdulillah, solat subuh selesai terlaksana bersama2 saudara seagama yang lain termasuk beberapa saudara tempatan.

Sebaik aku melangkah ke perkhidmatan antara terminal, baru aku sedar betapa besarnya terminal udara di CDG ini. Tak terlawan KLIA jika dibandingkan dengan sistem khidmat udara di Perancis.

Perjalan diteruskan ke Florence melalui penerbangan Alitalia. Menempuh lagi 2 jam penerbangan ke Florence atau Firenze, tempat dimana Renaissance Itali bermula beberapa ratus tahun lampau. Tempat kelahiran Leonardo ditempat bernama Vinci. Sesampainya di Florence, nasib aku agak tidak beberapa menyinar kerana beg tercicir di CDG. Namun rezekiku masih ada. Beg akan tiba walaupun lewat sedikit. Beg akan dihantar ke tempat aku beradu, Grand Hotel Porta Rossa, Firenze. Terima kasih pada Benetta.

Grand Hotel Porta Rossa, tempat aku bermastautin untuk 6 hari seterusnya. Hari yang panjang ditutup dengan jamuan makan malam di 4 Amici, Firenze. SapuraCrest menjadi tuan rumah untuk jamuan makan malam tetamu GE Oil & Gas Annual Meeting di Palazzo de Congressi. Permulaan yang baik dengan kehadiran hampir 95 peratus tetamu jemputan. Esok akan bermula persidangan yang panjang.

31 Jan
Hari pertama persidangan di Palazzo dei Congressi
- Mechanical drive
- Outage excellence
- grand opening
Makan vegetarian food
Layan kebab berdekatan hotel Roma dan Grand Minerva
Makan malam bersama Hider, PPMSB di Tandoori Restaurant, Medina

1 Feb
Hari kedua persidangan
Steering committee meeting di Savoy hotel
Dinner di La Piaggo, Plaza Michael Angelo

2 Feb
Hari pertama mesyuarat bersama MLNG
Mesyuarat yang panjang bermula jam 8 pg berakhir jam 5.30 ptg.
Makan malam di Tandoori Restaurant, Medina utk kali kedua

3 Feb
Hari kedua mesyuarat
GSCMD GFA & LTSA
MLNG technical meeting
PPMSB user meeting
Shoping di Firenze bersama Yuslina pd tengahari - beli infimmissi dan bahan pasta istimewa dr itali
Shoping dipasar Firenze bersama Yuslina - beli hand beg dan hang beg
Makan malam di Vittoria Rest bersama GSCMD

4 Feb
Hari ketiga mesyuarat bersama GE Lean team
Mencari resolusi utk EW MLNG
Bertemu rakan RECO
Pulang ke Firenze
Meronda seluruh kawasan Firenze
Beli magnet, t-shirt, piring dan mug
Makan malam di the LOBS

5th Feb
Hari akhir di Grand Hotel Porta Rossa
Pack barang dan tinggal luggage di hotel.
Menaiki bas ke the Mall, Leccio
Mencari habuan utk tersayang.
Beli wallet Gucci utk tercinta
Makan tengahari di Kedai Kebab Sri Lanka
Mengejar keretapi ke Venice. Harus tukar tiket dr Regional ke Intercity train Trenitalia. Harus tambah 30 euro untuk laluan ekspress
Smpai Venice city pada jam 930 malam. Selamat beradu di Hotel Minerva, Venice Sentral
Meronda Venice waktu malam hari. Mkan kebab malam hari.
Tidir dibilik terkecil sejak mengenali hotel.

6 Feb
Meronda seluruh Venice
Naik gondola
Berjalan merentas Venice sejauh berkilometer
Naik tren pulang ke Firenze
Tidur semalam di Firenze

7 Feb
Menaiki pesawat ke Rome melalui Firenze
Selamat sampai di Rome
Tidur dihotel...
Menjelajahi kotaraya Rome

8 Feb
Pulang ke Malaysia tercinta

9 Feb
6 pagi - selamat sampai
Pulang ke BP berjumpa yang tersayang :)

No comments:

Post a Comment