Wednesday, June 30, 2010

Akibat Tangan-tangan Manusia

Apa yang anda boleh perkatakan bila melihat gambar ini? Kasihankah? Tiada apa ertikah? Biasakah? Yang pasti, inilah hasil kerja tangan manusia akibat dari kehendak manusia yang mahukan pembangunan dan mengaut keuntungan dari hasil bumi.

Gambar-gambar ini diambil oleh seorang jurugambar di Gulf of Mexico menggambarkan kesan selepas kejadian letupan pelantar gerudi minyak di teluk Mexico pada 20 April 2010.

Pengajaran dari peristiwa ini, manusia adalah lemah. Walau setinggi mana ilmu pengetahuan manusia, tidak dapat menandingi kuasa dan ilmu Allah. Manusia yang sentiasa ego dengan kehendak dan kemahuan diri akan disedarkan oleh Allah dengan pengajaran yang kadangkala menyakitkan. harga sebuah kehidupan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit, hatta ianya hanyalah seekor haiwan yang tidak berdosa.

Manusia sebagai khalifah dimuka bumi hendaklah memikirkan kesan dan akibat dari setiap tindakan yang mungkin akan menyebabkan kemusnahan diri, keluarga, masyarakat dan seluruh kehidupan yang menumpang hidup dibumi Allah ini.

Kita mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memastikan jika tidak seluruh alam ini, cukuplah didahulukan dengan keluarga sendiri, menjaga persekitaran, keindahan dan kesejahteraan alam, kesihatan diri, keselamatan dan kebahgiaan hidup...PEACE






















No comments:

Post a Comment